Hasilkan Flip Book Digital sendiri dengan mudah!

SSdB2.

Bagaimana cara menghasilkan FLIP BOOK DIGITAL dengan mudah!

FLIP BOOK DIGITAL ni dalam erti kata yang mudah ialah buku/majalah/flyer/brochure yang boleh dilihat dalam paparan digital menerusi Smartphone, Tablet, Laptop, Komputer, dan sebagainya.

dan sebenarnya ada banyak platform yang boleh digunakan untuk menghasilkan Flip Book Digital, seperti Issuu (https://issuu.com), Anyflip (http://anyflip.com/), Joomag (https://www.joomag.com/en), dan banyak lagi.

Sekarang ni, ramai orang yang menggunakan Flip Book Digital untuk paparan Buku Program secara digital terutamanya Majlis Anugerah Kecemerlangan, Majlis Graduasi, etc.

Persoalannya, macam mana mahu buat? Jom kita share-share dulu cara senang untuk buat Flip Book Digital dengan menggunakan platform ISSUU (https://issuu.com).

p/s : klik gambar untuk mengetahui langkah-langkahnya.
Semoga bermanfaat.

Contoh Flip Book :
https://issuu.com/aliffothman9/docs/buku_final.pptx

Anyflip

Cara mudah menghasilkan Flip Book Digital dengan menggunakan ISSUU.

Slide1

Langkah-langkahnya ialah ;

1) Taip Issuu pada mana-mana platform carian internet.
2) Klik Issuu : Digital Publishing Platform for megazines, Catalogs, and more

Slide2

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun Issuu, anda perlu mencipta akaun. Ada dua cara untuk mencipta akaun, yang pertama dengan menggunakan akaun Facebook, yang ke-2 ialah dengan cara menggunakan akaun gmail.
3) Pilih cara mendaftar.
4) Sekiranya anda memilih untuk menggunakan akaun gmail, paparan seperti nombor 4 akan keluar seperti dalam gambar. Pilih akaun gmail yang anda ingin gunakan untuk mendaftar akaun Issuu.

 

Slide3

Setelah berjaya mendaftar akaun, paparan seperti ini akan muncul.
5) Klik Learn How untuk memilih plan.
6) Pilih Plan Basic. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk plan ini. Pada saya memadai untuk kita menggunakan plan Basic sahaja. FOC!
tidak perlu risau duit bayar PTPTN atau belanja Pampers anak terkacau. 

 

Slide4

Untuk bahagian ini, anda hanya perlu klik SKIP THIS STEP. Abaikan seja.

Slide5

Setelah selesai proses verifikasi dan kemaskini akaun, paparan ini akan muncul! Maka anda bolehlah mula menghasilkan Flip Book Digital anda sendiri. Caranya begini;

8) Klik bahagian 8 iaitu sama ada Drop File here to upload atau Select File to Upload untuk tujuan memuat naik file yang anda ingin jadikan Flip Book Digital. Contohnya, Powerpoint, Word atau PDF. Paling bagus ialah, guna file PDF. Anda boleh klik link ni untuk convert file kepada PDF (https://www.freepdfconvert.com/)

 

Slide6

9) setelah file anda berjaya diupload, paparan seperti rajah 9 akan muncul. Untuk menyemak helaian buku digital anda, klik kotak merah pada tersebut dan paparan seperti yang ditunjukkan anak panah akan terpapar.

Slide7

Langkah yang seterusnya ialah memasukkan butiran mengenai Flip Book Digital anda.
10) Di bahagian 10, masukkan Tajuk dan Diskripsi Buku anda
11) Bahagian 11 pula pilih jenis buku anda. Anda boleh pilih apa sahaja tetapi lazimnya kita akan memilih Editorial.
12) kemudian di bahagian 12 pula iaitu Availability, klik Public.
13) selepas itu, klik Publish

Slide8

Setelah anda klik Publish, buku anda siap untuk dilihat secara digital! pehh.

Untuk mencari atau track flip book digital anda, klik Publish (14). Anda akan dapat melihat senarai Flip Book Digital anda di bahagian Publication List.

Slide9

Salah satu ciri keistimewaan Issuu ni ialah kita dapat melihat analisis berapa ramai orang yang sudah melihat, menggunakan dan men-stalk buku kita. CAra untuk mengetahui analisisnya ialah dengan cara ;
15) Klik See statistik. Paparan statistik yang terperinci akan terpapar.

Slide10

Ini merupakan contoh paparan analisis yang boleh kita lihat. Jadi kita boleh nampak berapa orang yang membaca, berapa masa yang mereka guna untuk membaca dan menghayati buku kita, berapa likes yang kita dapat dan sebagainya.

Keegan-Michael-Key-Thank-you

Mudah Bukan! Selamat berdigital dan Pounsikou! selamat mencuba

*Pounsikou dalam bahasa kadazandusun ialah Terima Kasih!

2 thoughts on “Hasilkan Flip Book Digital sendiri dengan mudah!

Leave a comment